seismik

"Terdengar 3 Kali Bunyi" - Tular Video Seram, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Pecah Perut

Ada 3 hantu tengah scan suhu ke?

Cover image via @cheqna57 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui disebabkan wabak Covid-19 yang semakin menular, pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal kadar kejangkitan dalam komuniti

Salah satunya adalah kita perlu mengimbas suhu dan QR code melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis. Ini adalah untuk mengelakkan orang yang mempunyai gejala memasuki premis lalu menjangkiti orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila alat pengimbas suhu berbunyi dengan sendirinya di balai polis mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cheqna57

malam2 ada tamu tanpa diundang...tiga org sekali mai..#esekeli #seram #fyp #fypppppppppppppppp

original sound - cikna90 - cikna90

Bunyi sebanyak 3 kali berturut-turut membuatkan situasi jadi seram

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cheqna57 di laman TikToknya, kelihatan dia yang merupakan seorang polis itu sedang bekerja shif malam di balainya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rakaman videonya menunjukkan alat pengimbas suhu berbunyi sebanyak tiga kali walaupun tiada orang yang menghampirinya. Kejadian tersebut telah mengundang situasi takut dan seram.

Dengan video yang berkapsyenkan "malam-malam ada tamu tanpa diundang, tiga orang sekali mai" itu telah mencetuskan pelbagai komen di ruangan TikToknya.

"Hantu tetap hantu, tak kira kena ikut SOP juga, hantu nak buat laporan" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang meninggalkan komen lucu tentang makhluk ghaib tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.8M tontonan, 125K tanda suka, 5K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus hantu ni ikut SOP, tapi komen netizen Malaysia tetap menghiburkan! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: