[VIDEO] "Seram, Naik Bulu Roma" - Gadis Ini Trauma Mandi Dalam Bilik Air Sambil Menyanyi
Meremang, janji tak buat lagi!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sering dengar orang tua-tua dulu pesan jangan menyanyi sambil mandi dalam bilik air
Hal ini kerana kemungkinan besar akan berlaku perkara yang tidak diingini jika kita sering menyanyi di dalam bilik air.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis menceritakan pengalaman mistiknya semasa menyanyi sambil mandi di dalam bilik air mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rakam bunyi pelik dan seram sampai meremang satu badan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @indahsyafyra di laman TikToknya, gadis itu dilihat baru pulang dari kerja dan bersiap untuk mandi.
Tidak dinafikan, dia mempunyai perangai yang suka menyanyi di dalam bilik air. Menurutnya, suara di dalam bilik air akan menjadi lebih sedap kerana ada gema.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat merakam nyanyiannya semasa mandi di dalam bilik air.
Tetapi, lebih seram lagi apabila dia terdengar suara yang garau dan menyeramkan selepas mendengar semula rakaman nyanyiannya itu.
Lihat video sambungan tentang penjelasan gadis itu di bawah:
"Dulu masa saya duduk asrama, zaman diploma selalu basuh baju sambil nyanyi, ada satu malam tu saya nyanyi pastu ada yang sambung" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram. Malah, ada yang tak berani nak mandi selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 609K tontonan, 44K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: