“Siap Panjat Bangku” - Gadis Ini Jatuh Terkangkang Gara-Gara Buat Review Baju Di TikTok
Gelak dosa tau!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan buat para influencer untuk membuat review jika mereka membeli sesuatu barang itu
Pelbagai cara kreatif dilakukan supaya review berkenaan dapat menarik perhatian netizen dan pelanggan. Ada yang sampai berjoget, ada juga yang membuat content seperti penceritaan. Malah, baru-baru ini muncul trend bertukar-tukar fashion baju.
Tular baru-baru ini tentang video TikTok yang memaparkan seorang gadis jatuh semasa sedang membuat review baju mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terjatuh selepas tak stabil akibat panjat bangku
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wilda1606___, kelihatan dia sedang membuat content untuk review kain yang cantik.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila sebaik saja dia bertukar kepada kain berwarna hitam, dia lantas panjat bangku lalu jatuh akibat tidak stabil.
Kejadian itu mengundang dekah netizen. Bukan setakat itu, malah rakan-rakannya juga ketawakan dia. Rakan-rakannya juga menasihati agar dia tidak memanjat bangku.
Lihat video penuh yang belum diedit itu di bawah:
"Confuse nak gelak atau nak kesian" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.3M tontonan, 42K tanda suka dan 599 komen di TikTok.
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis tersebut. Malah, ada juga yang kasihankan gadis itu kerana sakit selepas jatuh. Bukan setakat itu, ramai juga yang memuji skirt yang dipakai cantik.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: