"Bagus Dia Jalankan Tugas" - Polis Ini Warning Isterinya Sendiri Supaya Jangan Main Phone
Terkejut bila perasan suami sendiri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selain menjaga keamanan dalam masyarakat, polis juga ditugaskan untuk memastikan keselamatan atas jalan raya
Tugas mereka yang berani, gagah dan tegas ini menjadi inspirasi buat semua masyarakat. Kadangkala, mereka terpaksa menunjukkan sifat garang supaya masyarakat takut dan dengar kata.
Sama seperti video tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang wanita ditegur oleh polis yang merupakan suaminya sendiri menarik perhatian netizen.
Lihat video penuh di bawah:
Tunjuk muka garang dan bertegas dengan isteri sendiri supaya jangan main phone bila kereta dah gerak nanti
Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu didatangi oleh seorang polis semasa keretanya berhenti.
Apa yang lebih mengejutkan, polis yang menegurnya supaya jangan bermain dengan telefon itu merupakan suaminya sendiri. Polis berkenaan dengan garangnya menasihati isterinya.
Isterinya itu dilihat menurut perintahnya kemudian ingin ajak bergurau dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada suaminya. Tetapi sayangnya, dia tidak dilayan oleh suaminya.
Lantas isterinya terus berkata "haa, maroh maroh" mengundang dekah netizen.
"Masa bertugas je boleh marah, nanti sampai rumah bini pulak marah" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ada yang sempat menyakat pasangan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2.9M tontonan, 233K tanda suka dan 3K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: