seismik

[VIDEO] "Hantu Ke Tu?" - Tiga Lelaki Meremang Ketakutan Dengar Bunyi Seram Dari Dapur

Weh takut!

Cover image via @ahmadsyazwann (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala kita sering dikejutkan dengan pelbagai situasi yang mencemaskan bukan?

Salah satunya adalah apabila kedengaran bunyi pelik atau bunyi yang menyeramkan secara tiba-tiba. Perkara itu sememangnya di luar jangkaan kita. Sebab itu, kita akan terkejut dan bertindak lebih berhati-hati. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila tiga orang lelaki terkejut mendengar bunyi pelik dari dapur mereka curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terkejut lantas pandang ke arah dapur setelah mengesan bunyi pelik dan seram itu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahmadsyazwann di laman TikToknya, kelihatan dia dan dua lagi rakannya sedang bersantai menghabiskan masa dengan menonton Netflix dan snacking.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila tiba-tiba saja kedengaran bunyi yang kuat dari arah dapur membuatkan mereka bertiga lantas pandang ke arah dapur lalu menjenguk apa yang berlaku.

Rupa-rupanya, kelihatan pinggan dan cawan gelasnya pecah bertaburan. Kemudian, mereka terkejut dan pelik kerana tidak menyangka perkara sebegitu akan berlaku.

"Dapur jangan gelap terus, bagi ada cahaya sikit, hantu tak nampak, kan dah terlanggar cawan tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyakat mereka bertiga dengan membuat komen yang lawak. Malah, ada juga yang memberikan input yang saintifik tentang kejadian tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2.5M tontonan, 219K tanda suka dan 7K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Adoi, terhibur baca komen netizen! Macam-macam perangai :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: