[VIDEO] "24 Jam Main Phone" - Anak Serik Minta Telefon Lagi Selepas Lihat Matanya Lebam
Brilliant idea!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil pasti tahu gelagat mereka yang sering meminta gajet bukan?
Kalau bukan main games, mereka tengok video kartun sampai jemu. Kadang kala, memang susah suruh mereka berhenti dan berehat seketika. Makan pun nak pegang phone, ibu manalah yang tak geram.
Oleh sebab itu, pelbagai cara dilakukan ibu bapa mereka supaya anak mereka berhenti main telefon. Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang kanak-kanak lelaki ini menangis akibat matanya lebam curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba lukis mata anak sampai hitam semasa dia tidur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nikiysaa_acikk di laman TikToknya, kelihatan seorang ibu sedang melukis mata anaknya menggunakan pensel untuk merias.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anakya itu menangis panik sebaik saja bangun daripada tidur melihat matanya lebam. Kata ibunya, matanya hitam begitu disebabkan asyik main phone.
"Anak saya tak sempat buat ni, tengah tidur tersentuh pun dah bangun" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ada yang memuji tindakan si ibu terhadap anaknya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 554K tontonan, 30K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: