[VIDEO] "Appa Fighting, Cut Meeting!" - Anak Lelaki Selamba Berhentikan Meeting Ayahnya
Ehh sejak bila pula appa fighting?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh menyebabkan sesetengah pekerja perlu kerja dari rumah untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19
Mustahil lah jika ibu dan bapa yang bekerja dari rumah tidak berdepan dengan masalah seperti anak yang inginkan attention ataupun anak-anak yang bergaduh bukan?
Sama seperti video yang tular di Twitter apabila lelaki ini diganggu oleh anak-anaknya semasa dia sedang menghadiri mesyuarat secara dalam talian mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak lelakinya dengan selambanya cakap 'cut meeting'
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kedua-dua anak itu sedang menghadiri mesyuarat dalam talian.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila kedua-dua anaknya sedang bergaduh dan datang mengadu kepadanya.
Sebaik saja bapanya ingin memujuk adiknya itu, anak lelakinya selamba mengambil telefon ayahnya dan mengatakan "Appa fighting, cut meeting".
"Good job tambi, bapak kau memang tunggu time nak ciao tu" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anaknya itu. Malah, ada yang memuji mereka. Selain itu, ada juga yang mengatakan ini semua telah sebenarnya telah dirancang oleh ayahnya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 366K views, 24K retweets, 1K quote tweets dan 27K likes di Twitter.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: