"Siap Koyakkan Baju" - Atuk Ini Jadi Ibu Breastfeeding Sebab Cucu Susah Hisap Susu Botol
Tips and trick padu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik
Memiliki anak kecil ataupun bayi pasti tahu betapa susahnya menguruskan segala kehendak dan keperluan mereka
Begitu juga daripada aspek penyusuan. Kadang kala, ibu yang baru melahirkan tidak mempunyai susu yang cukup untuk anak. Sebaliknya, ada juga anak yang tidak suka untuk minum susu dalam botol ataupun susu formula.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang atuk menyamar sebagai ibu breastfeeding mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa koyakkan baju dan masukkan susu botol ke dalamnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @xo.weendyy di laman TikTok, kelihatan seorang atuk sedang mencari cara untuk menyusukan cucunya.
Apa yang lebih menarik adalah apabila dia cuba koyakkan baju dan masukkan susu botol ke dalam bajunya akibat cucunya yang susah nak minum susu botol.
Sebaik saja atuknya selesai masukkan susu botol ke dalam bajunya, dia menggendong dan menyusukan cucunya seperti ibu breastfeeding. Ternyata tips dan trick ini sangat berkesan melihatkan cucunya akur dan minum susu tersebut.
"Bayangkan kalau cucunya tengok balik video ni dia dah besar nanti" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi atuk itu. Malah, ramai yang memuji idea atuk itu dan akan dijadikan contoh kepada ayah di luar sana apabila ingin menyusukan anak mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 8.8M tontonan, 1.8M tanda suka dan 13K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: