[VIDEO] "Ya, Dia Cikgu Saya" - Lelaki Berumur 18 Tahun Berkahwin Dengan Gurunya Sendiri
Biar betul?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sering mendengar bukan tentang jodoh, ajal dan maut merupakan kuasa tangan Tuhan?
Semua itu adalah rahsia daripada Tuhan yang pasti akan diketahui oleh semua suatu hari nanti, cuma cepat atau lambat saja.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menemukan jodohnya dengan guru sendiri mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kenal cikgu sejak tingkatan 1 kemudian kahwin selepas tamat belajar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @standtlofa di laman TikToknya, kelihatan seorang lelaki sedang bergambar dengan gurunya.
Mereka kelihatan rapat. Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemilik akaun ini menggabungkan momen-momen bersama daripada zaman di sekolah sehingga sekarang yang sudah mempunyai seorang anak lelaki.
Difahamkan bahawa lelaki itu berkahwin dengan gurunya semasa berumur 18 tahun. Gurunya itu merupakan ibu tunggal pada ketika itu. Mereka kelihatan pasangan yang bahagia walaupun jarak umur berbeza 14 tahun.
"Please cerita sampai habis woi, confuse ni"- Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen inginkan cerita yang complete. Malah, ada yang tidak menyangka lelaki itu akan berkahwin dengan gurunya sendiri.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 992K tontonan, 96K tanda suka dan 4K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: