seismik

[VIDEO] Ayah Minta Nak Berwuduk Sebelum Dimasukkan Ke ICU Bikin Warganet Sebak

Al-fatihah.

Cover image via @sakinah_kb (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kes positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat setiap hari

Begitu juga dengan kes kematian yang berada pada tahap yang membimbangkan. Katil-katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) juga hampir penuh sehingga tidak mencukupi. 

Baru-baru ini tular video di Instagram yang memaparkan seorang ayah yang mengambil wuduk sebelum masuk ke wad ICU mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sempat minta untuk mengambil wuduk sebelum masuk ke ICU

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sakinah_kb di laman Instagramnya, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai ayahnya sedang mengambil wuduk.

Anaknya yang bertugas sebagai doktor itu turutkan saja permintaan sang ayahnya sebelum masuk ke wad ICU. Difahamkan ayahnya merupakan pesakit Covid-19.

Ayahnya yang dikenali sebagai Haji Kamarul Bahrin kini berada pada tahap kesihatan yang semakin merosot sebelum dipindahkan ke wad ICU.

Apa yang membuatkan netizen sebak adalah apabila sang ayah sepertinya sudah bersedia dengan segala situasi yang akan dihadapi semasa di ICU.


"I am crying watching this video" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen sebak melihat video yang dikongsikan itu. Malah, ramai yang mendoakan supaya ayahnya diberikan kesihatan.

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 2M tontonan, 56,115 tanda suka dan 1K komen di Instagram.

Berikut merupakan komen daripada netizen di Instagram:

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: