seismik

[VIDEO] Selamba Main Bowling Pakai Sari, Nenek Ini Siap Buat Pukulan Strike. Power!

Fuh, padu teruk.

Cover image via @sudkrish (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Bowling merupakan sejenis sukan indoor yang digemari orang ramai

Mana taknya, sukan ini tidak perlu berjemur tengah panas. Malah, boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita. Kebiasaanya, sukan bowling memerlukan pemainnya memakai baju yang sesuai dan kasut yang spesifik supaya tidak tergelincir.

Namun begitu, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman Twitter memaparkan seorang nenek memakai pakaian tradisional Sari bermain bowling menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap buat pukulan strike semasa main bowling walaupun pakai baju Sari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang nenek sedang bermain bowling sambil dirakam oleh cucunya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila nenek itu berjaya membuat pukulan strike. Walaupun pakaian yang dikenakan adalah baju Sari, tetapi itu tidak menghalangnya untuk membuat pukulan padu itu.

Di akhir video tersebut, nenek itu dengan selambanya mengangkat tangan seolah-olah ingin mengatakan "This is easy!".

"Damn, that's cool, love her energy!" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen menyokong dan bangga dengan cara nenek tersebut bermain bowling. Malah, ada yang inginkan nenek tersebut menjadi jurulatih mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 6.4M views, 45K retweets, 4K quote tweets dan 413K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Legend betul nenek ni, boleh jadi sifu bowling kita! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: