seismik

[VIDEO] Kantoi Makan Manis, Reaksi Si Ayah Kena Bebel Ini Buat Netizen Gelak Sakan

"Ada aku kisah?" - Netizen

Cover image via @hannymaru1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti kita tahu, pesakit yang menghidap kencing manis memang perlu sentiasa mengawasi tabiat pemakanan

Iyalah, mereka tidak dibenarkan mengambil makanan yang banyak gula dan terlebih manis. Perkara ini adalah untuk menstabilkan kandungan gula dalam badan mereka. 

Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok apabila seorang ayah dilihat makan buah mangga yang manis mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu dibawah:

@hannymaru1

Geramm je dengan ayah ni mentang2 kencing manis dia dh turun sekrg ni asyik makan senyap2 jee!!...

original sound - Hannymaru - Hannymaru

Buat muka comel pula lepas kena bebel dengan si anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hannymaru1, kelihatan ayahnya sedang menikmati sebiji mangga setelah penyakit kencing manisnya turun sedikit. 
 
Apa yang lebih menarik adalah apabila ayahnya itu menerima bebelan kerana mempunyai penyakit kencing manis.

Ayahnya selamba menyorok belakang peti sejuk sambil buat reaksi muka yang comel. Tanpa dihiraukan bebelan itu, ayahnya sambung habiskan sebiji mangga yang manis. 

"Mana ada, tak manis sangat pun ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ayahnya itu. Malah, ada yang boleh relate dan bersetuju bahawa ayah mereka mempunyai perangai yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 2M views, 258K likes dan 5K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, comel betul ayah dia ni. Pandai ambil hati! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: