seismik

Oyen Berbaju Melayu Sambil Termenung Tunggu Tetamu Datang Beraya, Comel Betul!

Selamat hari raya, Oyen.

Cover image via @rose.nayeli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keluarga yang mempunyai kucing peliharaan mesti excited nak buat persiapan semasa raya

Dengan kucing sekali ada baju raya tau, haa jangan main-main. Iyalah, kucing dah menjadi sebahagian daripada keluarga. Mestilah nak segak-segak pagi raya juga. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila kucing Oyen berbaju Melayu mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Oyen berbaju Melayu sambil termenung depan pintu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rose.nayeli di TikTok, kelihatan kucingnya itu berbaju Melayu dan bersongkok. 

Apa yang lebih menarik apabila Oyen termenung depan pintu dengan paparan kapsyen "Tak ada orang nak datang beraya ke, mak aku dah belikan baju ni".

Bukan itu je, Oyen buat muka kesian sambil duduk atas sofa dengan paparan kapsyen "kuih muih siapa nak makan, aku habiskan jela...".

"Yang last tu kesian betul sampai songkok pun dah sampai belakang dah" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan Oyen yang comel. Malah, ada yang kesiankan dengan nasib Oyen. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 259K tontonan, 32K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Sedih betul muka Oyen, kesian dia tak dapat nak beraya rumah sebelah :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: