[VIDEO] Suami Gigih Buat 'Kuih Keria' Resepi Khairulaming, Tetapi Lain Pula Yang Jadi
Nampak helok luaran, rasa dia tak tahu lah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Resepi Khairulaming yang famous sudah tentu menjadi tutorial ramai orang
Iyalah, resepi video seminit yang simple dan confirm jadi ini memang sangat memotivasikan ramai orang untuk cuba resepinya.
Sama seperti seorang suami yang tular di TikTok gara-gara cuba buat kuih keria resepi Khairulaming untuk isterinya mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh di bawah:
Kuih keria tak menjadi, melekat di pinggan macam kuih 'upside down'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izwndymohd di laman TikTok, kelihatan dia sedang membuat kuih keria untuk isterinya yang sedang mengidam.
Apa yang lebih menarik adalah apabila kuih keria tersebut tak menjadi, malah kuihnya melekat atas pinggan. Kuih tersebut tidak boleh diambil walaupun pinggan sudah diterbalikkan.
Si suami lantas mengatakan "Ingat Starbucks je ada upside down? Kuih keria pun ada upside down" membuatkan netizen gelak sakan.
Sepanjang proses membuat kuih, kemain lagi suaminya yakin dengan kuih kerianya. Sehinggakan dia menulis paparan kapsyen "boleh lawan J.CO donut ni".
"Itu buat makanan ke buat replika" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ada yang menyakat lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 231K views, 28K likes dan 400 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: