"Fokus Sangat Muka Tu" - Gaya Suami Bertungku Macam Lenyek Sambal Ini Bikin Netizen Dekah
Gaya macam pakar dah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan bagi para wanita mendapatkan perawatan khas selepas mereka bersalin
Kebiasaannya, para wanita akan berpantang di rumah sendiri dan perlu dijaga oleh seseorang selama 40 hari mengikut keadaan mereka.
Perkara ini penting untuk mengembalikan kesihatan wanita itu seperti kurangkan sakit rengat kesan daripada proses pengecutan rahim. Sebab itu, amalan tradisional seperti bertungku dan mandi herba masih diamalkan masyarakat sekarang.
Baru-baru ini tular video sang suami sedang menolong isterinya untuk bertungku mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami buat gaya bertungku macam gesek sambal di dapur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aifaazlan92 di laman TikToknya, kelihatan suaminya sedang menolong isterinya untuk bertungku.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya itu betul-betul fokus. Gaya bertungku tu dah ada, tetapi cara dia bertungku menyebabkan netizen gelak sakan.
"Tergelak aku tengok muka fokus dia, macam dah pakar sangat tu gayanya" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan wajah muka fokus suaminya. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sakit mereka selepas bersalin.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 70K views, 4K likes dan 500 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: