seismik

[VIDEO] Geram Asyik Kalah Main Game, Lelaki Ini Nekad 'Balas Dendam' Dengan Penutup Kuali

Wuish, sakit kepala budak tu!

Cover image via @gok111 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai jenis mainan dan hiburan yang sering kita lakukan masa kecil-kecil dulu

Kalau tak main 'lat tali lat', kita mesti main permainan 'air batu burung' pada waktu kecil bukan? Sehinggakan bergaduh dengan kawan sebab nak menang. Itu jelah permainan dan hiburan yang kita ada waktu-waktu dulu sebelum gajet menguasai dunia ini. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang adik beradik sedang bermain permainan 'air batu burung'. Apa yang lebih menarik, siapa yang kalah akan didenda cat muka dengan arang hitam. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@gok111

ເມື່ອອ້າຍກັບນ້ອງມາ ເຈີກັນອີກຄັ້ງ ຄວາມຮາກະບັງເກີດ5555 ຫລີ້ນທາຂີ່ມີ່ນຫມໍ#ບ່າວແກ້ງກອກ #กบด็อดคอม #ເພື່ອນຄວາມບັນເທີງ

เสียงต้นฉบับ - พี่กบด็อดคอม - พี่กบด็อดคอม

Lepas geram dengan penutup kuali disebabkan asyik kalah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gok111 di laman TikToknya, kelihatan mereka berdua sedang bermain permainan 'air batu burung'.

Apa yang lebih menyeronokkan adalah apabila perempuan itu menyapukan arang hitam kepada muka lelaki itu disebabkan kalah. Setelah lelaki itu kalah sebanyak 3 pusingan, akhirnya dia melepaskan geram dengan memukul perempuan itu dengan penutup kuali.

Malangnya, perempuan itu tidak dapat menahan dirinya kemudian jatuh. Lalu lelaki itu dengan cepat dan pantas pecut lari.

"Ni betul-betul marah ni, bukan berlakon" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi tersebut. Malah, ada yang mengatakan lelaki itu main kasar. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan berjaya meraih 4M views, 300K likes dan 4K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TIkTok: 

Member tengah panas asyik kalah, ditonyoh-tonyohnya lagi muka tu. Memang cari nahas! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: