seismik

[VIDEO] Terus 'Auto Sihat' Jumpa Doktor Cantik, Member Sampai Tak Nak Balik. Amboi!

Dahsyat betul.

Cover image via @nasruddin764 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesiapa yang sakit dan ditahan di wad hospital semestinya selalu berurusan dengan doktor dan jururawat

Iyalah, doktor dan jururawat yang ditugaskan untuk menjaga pesakit-pesakit di wad setiap hospital. Mereka yang akan memeriksa keadaan pesakit, memberi ubat dan menjaga kebajikan pesakit. 

Namun begitu, tular sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila seorang pesakit ini dipercayai tidak mahu balik kerana jumpa doktor cantik di hospital. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dah jumpa doktor cantik, terus terpukau dan tak nak balik

Menerusi video yang dimuat naik @nasruddin764 di TikTok itu memaparkan seorang rakannya yang ditahan di wad sebuah hospital. 

Apa yang menarik perhatian apabila dia kelihatan terpukau dengan kecantikan seorang doktor yang sedang merawat pesakit di sebelah katilnya.

Dia juga disakat oleh rakannya dengan kapsyen video TikTok, "membe sampai takmau balik la dapat doktor macam ni".

"Hospital mana ni bro, tetiba auto demam pula" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih sebanyak 399K tontonan, 40K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur. Malah ada yang mengatakan doktor itu sungguh cantik. Ada juga yang nak beria sakit dan ingin dirawat di hospital berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Amboi, nak duduk lama-lama pula. Dah sihat tu jangan lupa jalan balik rumah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: