seismik

[VIDEO] "Bila Lapar Masa Bulan Puasa" - Lirik Lagu BTS Pun Serupa Bunyi Makanan Dah

Sebijik weh, lawak!

Cover image via @hafizz103 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa yang tidak mengenali kumpulan lelaki popular dai Korea iaitu BTS bukan?

Mana tidaknya, lagu-lagu mereka yang catchy dan sedap didengar membuatkan ramai orang meminati mereka sehingga menjadikan mereka sebagai inspirasi. Mereka juga mempunyai kumpulan peminat yang dikenali sebagai ARMY.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menyenaraikan nama-nama makanan pada bulan Ramadan sambil mendengar lagu BTS.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hafizz103

Me hearing this for the 1st time during Ramadhan be like, Teringat nama makanan ja #fyp #fyp #ramadhankareem #shouldbeme

FANCHANT BTS - Felipe Yukita

Senaraikan nama makanan yang relatable dengan lagu BTS

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafizz103, kelihatan dia sedang mendengar intro lagu BTS yang bertajuk Boys With Luv. 

Kebiasaannya, para peminat akan menyebut nama-nama ahli dalam BTS tersebut. Tetapi apa yang lebih menarik, lelaki itu pula kedengaran seperti nama-nama makanan. 

Dengan kapsyen video TikToknya, "When you new to BTS during Ramadhan". Nama-nama makanan yang disenaraikan tidak dinafikan memang tepat sangat! 

"Ini lirik Ramadan edition ke?"- Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur. Malah ada yang mengatakan nama-nama makanan memang accurate. 

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 86K views, 6K likes dan 300 comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh kena pula dengan lirik, habislah lepas ni bila nyanyi keluar nama-nama makanan dah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Dah bersedia untuk raya?

You may be interested in: