x

seismik

[VIDEO] Jenis-Jenis Mak Kejutkan Anak ‘Sahur’ Ini Buat Ramai Boleh Relate. Serupa!

Guna kuasa 'Ayah Pin' tu lawak.

Cover image via @nickyalias_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada bulan puasa, sudah semestinya umat Islam disarankan bangun untuk sahur

Bangun sahur adalah sangat digalakkan supaya kita makan dan tidak rasa lapar sepanjang sehari berpuasa. Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering terlajak tidur atau tidak bangun.

Malah, ada yang liat nak bangun untuk sahur. Oleh itu, sesiapa yang duduk serumah dengan ibu ayah pasti boleh relate dengan cara mak-mak bangunkan kita. 

Tular baru-baru ini tentang video lakonan jenis-jenis ragam mak yang mengejutkan anak mereka di TikTok mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lakonan 11 jenis mak kejutkan sahur ini buat ramai boleh relate

Menerusi video yang berdurasi 54 saat itu, kelihatan seorang wanita sedang berlakon sebagai mak di rumah.

Apa yang lebih menarik adalah apabila dia melakonkan 11 jenis-jenis mak bila kejutkan anak mereka bersahur. Ada yang membuka suis lampu, menutup suis kipas, menyiram air, memberikan ceramah Subuh dan banyak lagi. Relatable!

Malah, pada akhir video dia menggunakan kuasa 'Ayah Pin' untuk mengejutkan anak mereka.

"Azan sudah, padahal lama lagi nak azan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih sebanyak 1.6M views, 301K likes dan 4K comments di TikTok. 

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan wanita itu. Malah, ada yang bersetuju dengan watak-watak yang dilakonkan. Tambahan lagi, ramai yang boleh relate dengan situasi sebegini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak korang semua macam mana pula? Cuba share sikit dekat ruangan komen. :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik