seismik

[VIDEO] Eh Ingatkan Azan Dah Boleh Berbuka Puasa, Sekali Lagu 'Waka Waka' Pula. Confuse!

Hm, terciduk.

Cover image via @binettathioye1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada bulan puasa ini, tidak dinafikan kita lebih peka untuk mendengar azan Maghrib

Mana tidaknya, kita diwajibkan berbuka puasa semasa azan Maghrib dilaungkan setelah seharian menahan lapar. 

Namun begitu, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita ini tersilap dengar azan Maghrib. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@binettathioye1

#ColorCustomizer @codouchoux @binette742 @bintachuu @bintou463

original sound - TRANSTATAY - TRANSTATAY

Berbuka kurma setelah dengar azan, sekali ada sambungan lagu

Menerusi video yang berdurasi 32 saat, kelihatan seorang wanita terus berbuka puasa dengan kurma apabia mendengar deringan seakan-akan laungan azan Maghrib.

Apa yang lebih menarik adalah apabila wanita itu memasukkan kurma ke dalam mulutnya, ada pula sambungan lagu. Rupa-rupanya bukan azan Maghrib, tetapi lagu 'Waka Waka' oleh Shakira.

Wanita itu pelik kemudian menyemak sekali lagi telefonnya untuk mengesahkan sama ada deringan itu azan atau tidak. Setelah menyedari deringan itu bukan azan, wanita itu lantas mengeluarkan kurma daripada mulutnya.

"It's time for Africa, not time for iftar" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 1.2M views, 245K likes dan 5K comments di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat wanita itu. Malah, ramai juga yang keliru dengan lagu tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak, confuse pula dah. Lain kali dengar betul-betul ya :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: