[VIDEO] Acah Berani Usik Kembar, Last-Last Budak Kecil Ini Yang Pecut Lari Dulu
Ha kan dah gelabah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa yang ada adik-beradik pasti rumah mereka penuh dengan kemeriahan gelak ketawa
Suasana di rumah akan lebih ceria dengan keriuhan adik-beradik ini apabila mereka bergaduh, menangis, berebut mainan dan banyak lagi. Tambahan lagi, bila ada adik-beradik yang kuat mengusik dan menyakat, rumah tu meriah semacam!
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila adik-beradik kembar bergaduh mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan usik kembar sekali dia yang lari dulu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bibietoion, kelihatan dua anak kembar ini sedang bergaduh berebut kain.
Apa yang lebih menarik adalah apabila seorang kembar itu selamba mengusik adiknya yang syok bermain kain. Keriuhan itu tercetus apabila adik kembarnya mula menangis dan marah lalu pantas mengejar kakaknya itu.
Kakak kembarnya ketakutan dan tidak keruan sehinggakan dia berlari satu rumah supaya tidak diserang adik kembarnya itu. Lawak betul!
"Dah kacau orang, tahu pulak nak gelabah" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 1M views, 117K likes dan 2K comments di TikTok.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kedua-dua kembar itu. Malah ada yang menyakat kakak kembarnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: