RTM Bawa Siaran Langsung F1 GP Bahrain 2026 Secara Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Yeay boleh tengok ramai-ramai!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat Formula 1 (F1) di Malaysia nampaknya bakal menerima berita baik apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP) di Malaysia 2026 secara percuma
Menurut laporan Berita RTM, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan siaran langsung itu akan membolehkan rakyat Malaysia mengikuti sendiri aksi perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan F1 Gulf Air Bahrain GP di Malaysia 2026 secara langsung.
"Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari SIC," katanya.

Perlumbaan F1 berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung di Bahrain
Bagaimanapun, lokasi perlumbaan dipindahkan ke Sepang susulan perkembangan geopolitik yang berlaku di Asia Barat sehingga perlumbaan asal di negara berkenaan tidak dapat diteruskan.
Penganjuran F1 di Sepang tahun ini turut mencuri perhatian kerana ia menandakan kembalinya kejohanan F1 ke Malaysia selepas kali terakhir diadakan di litar berkenaan pada 2017.
Dengan siaran langsung RTM itu, peminat tempatan berpeluang menyaksikan sendiri aksi perlumbaan bertaraf dunia tersebut dari rumah tanpa perlu hadir ke litar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via