Senarai Jalan Utama KL Ditutup Hujung Minggu Ini Untuk Acara Maraton Antarabangsa

Acara tahunan ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 Oktober dan Ahad, 4 Oktober.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira 30 laluan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat bagi acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 hujung minggu ini

Acara tahunan ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 Oktober dan Ahad, 4 Oktober. Acara larian IHH 10KM dan 5KM akan diadakan pada hari Sabtu, dengan beberapa jalan ditutup dari jam 5 pagi hingga 10 pagi.

Sementara itu, acara Full Marathon dan ASICS Half Marathon akan berlangsung pada hari Ahad, dengan penutupan jalan bermula seawal jam 3 pagi dan berlanjutan sehingga jam 11 pagi.

Semua kategori larian akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka. Jalan Raja, iaitu jalan yang terletak betul-betul di hadapan Dataran Merdeka, akan ditutup mulai jam 8 malam pada hari Jumaat, 2 Oktober, sehingga tengah malam hari Ahad.

SAYS.com
Image via Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon

Berikut adalah senarai penutupan jalan yang terlibat sempena KLSCM:

SAYS.com
Image via Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon
SAYS.com
Image via Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon

Kategori kanak-kanak Kids Dash dibatalkan

Pihak penganjur memaklumkan acara larian Kids Dash akan dibatalkan demi keselamatan peserta kanak-kanak.

"Kami menghargai sokongan yang diberikan oleh para peserta larian kami dalam menghadapi keadaan cuaca yang mencabar ini.

"Walaupun berasa kecewa, kami perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak berbanding membiarkan mereka berlari dalam keadaan yang tidak sesuai," kata KLSCM di laman sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: