Oktober 2026 Tanpa Cuti Umum, Rakyat Malaysia Bakal Tempuh Bulan Panjang Bekerja
Bagi warga Selangor, sekurang-kurangnya masih ada satu 'penyelamat' di penghujung bulan sebelum November tiba.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memasuki Oktober 2026, orang ramai nampaknya perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani bulan ini tanpa sebarang cuti umum

Gambar sekadar hiasan.
Image via Asuran SiastraDengan tempoh 31 hari tanpa cuti umum, Oktober turut mempunyai empat hari Isnin yang sering dikaitkan dengan Monday blues iaitu perasaan malas, lesu, murung atau kurang bersemangat untuk memulakan minggu bekerja.
Situasi itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai di media sosial.
Ada yang menyifatkan Oktober sebagai bulan yang terasa panjang, malah tidak kurang juga yang mula merancang untuk menggunakan cuti tahunan bagi mendapatkan sedikit ruang berehat.
Bagaimanapun, keadaan sedikit berbeza bagi mereka yang bekerja di Selangor
Mereka masih mempunyai satu tarikh untuk dinantikan apabila Hari Kelepasan Am Gantian sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor akan berlangsung pada 26 Oktober ini.
Jadi, bagi warga Selangor, sekurang-kurangnya masih ada satu 'penyelamat' di penghujung bulan sebelum November tiba.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Image viaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via