Jangka Hayat Rakyat Malaysia Meningkat, Wanita Kini Mampu Hidup 5 Tahun Lebih Lama
Rakyat Malaysia berketurunan Cina mencatatkan jangka hayat tertinggi
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jangka hayat di Malaysia telah meningkat kepada 75.5 tahun, dengan wanita dijangka hidup hampir lima tahun lebih lama berbanding lelaki
Menerusi laporan New Straits Times, data terkini DOSM dalam Abridged Life Tables Malaysia 2024–2026 menunjukkan bahawa jangka hayat semasa lahir meningkat daripada 74.9 tahun pada tahun 2024 kepada 75.5 tahun pada tahun 2026.
Bayi perempuan yang lahir pada tahun 2026 dijangka hidup sehingga purata usia 78.1 tahun, berbanding 73.2 tahun bagi bayi lelaki.

Tiga negeri dan wilayah persekutuan mencatatkan jangka hayat yang melebihi purata nasional
Selangor mencatatkan jangka hayat tertinggi dalam kalangan negeri dan wilayah persekutuan pada paras 78.2 tahun, diikuti oleh Kuala Lumpur (77.3 tahun) dan Labuan (77.0 tahun).
Sementara itu, Terengganu mencatatkan jangka hayat terendah pada paras 72.8 tahun.
Di peringkat daerah, beberapa kawasan mencatatkan jangka hayat melebihi 80 tahun. Samarahan, Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu 80.9 tahun, diikuti oleh Kalabakan, Sabah (80.4 tahun) dan Petaling, Selangor (80.2 tahun).
Telupid, Sabah mencatatkan jangka hayat 79.5 tahun, manakala Lahad Datu, Sabah mencatatkan 78.8 tahun.
Di hujung spektrum yang satu lagi, Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangka hayat terendah pada paras 65.8 tahun.

Dari segi etnik, rakyat Malaysia berketurunan Cina mencatatkan jangka hayat tertinggi pada paras 77.7 tahun
Sementara itu, rakyat Malaysia berketurunan India mencatatkan angka terendah dalam kalangan kumpulan etnik utama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via