Jerebu Semakin Pulih Di Malaysia, Satu Kawasan Sahaja Catat IPU Tidak Sihat Hari Ini
Semoga jerebu cepat hilang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jerebu yang telah melanda Malaysia hampir dua bulan kini semakin pulih sejak pagi tadi
Tiga hari lepas, keadaan jerebu Malaysia telah teruk sehingga 33 stesen pemantauan udara merekodkan bacaan IPU di tahap tidak sihat.
Hanya satu kawasan di Perak telah merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) tidak sihat.
Hanya kawasan Seri Manjung merekodkan IPU 101 memasuki paras tidak sihat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via NSTPKebanyakan kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana
Sebanyak 63 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana menurut APIMS.
Antara kawasan tersebut ialah Shah Alam (95), Nilai (93), Cheras (92) dan Klang (90).
Sarawak juga telah menunjukkan tahap yang baik daripada jerebu yang teruk di Miri (49), Labuan (48), Limbang (36) dan Kota Kinabalu (33).
Beberapa kawasan Sarawak mempunyai rekod IPU yang sederhana seperti Serian (76), Sri Aman (79) dan Samarahan (77).
Setakat 5 petang ini, majoriti kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menunjukkan tahap bacaan yang sederhana.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 dan ke atas berbahaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via