seismik

[VIDEO] "Betul-Betul Buat Kerja Ni" - Seronok Sangat Layan Mak TikTok Lagu Raya

Bagus adik ni!

Cover image via @baby_bunga3_4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Zaman kini sudah menjadi kebiasaan ramai yang menggunakan aplikasi TikTok untuk membuat video bersama keluarga

Mana tidaknya, video di TikTok semua menarik dan lagunya semua sangat catchy sehinggakan kadang kala video itu boleh trending dan dijadikan challenge. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TIkTok berkenaan seorang wanita bersama anak-anaknya membuat video lagu raya yang mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Syok buat video TikTok, anak tudung ungu paling semangat

Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, kelihatan mereka sekeluarga sedang merakam video lagu raya di TikTok. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kedua anaknya yang duduk di belakang itu bersemangat dan bekerjasama dengan ibunya ketika perakaman video lagu raya tersebut. Sporting habis! 

Lebih-lebih lagi, anaknya yang bertudung ungu itu membuat pelbagai reaksi muka yang mengundang dekah. Manakala salah seorang anak yang duduk di depan seolah-olah ikut saja kehendak ibu dan keluarganya itu.

"Bayar gaji lebih sikit dekat tudung purple tu..." - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih hampir 108K views, 10K likes, 1K comments di TikTok. 

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi dan gelagat sekeluarga ini. Comel betul! 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok: 

Sporting habis family ni! Memang kelakar betul lah adik tudung purple tu. :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik