Tular Video Mak Mentua Suapkan Menantu Ketika Sanding Ini Curi Tumpuan Ramai Warganet
Lain pula yang diperhatikan netizen!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anak memang tidak terhingga
Bukan saja menyayangi kita, malah mencurahkan kasih sayang sepenuhnya untuk kita. Ibulah yang banyak berkorban untuk anak-anaknya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter berkenaan seorang ibu yang dipercayai sebagai ibu mertua kepada lelaki tersebut menyuapkan makanan semasa majlis persandingan. Video tersebut menarik perhatian ramai netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suapkan menantunya dengan mi sup dan air sirap
Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu kelihatan seorang ibu yang merupakan ibu mertua kepada anak lelaki tersebut turut menyuapkan makanan kepada menantunya.
Apa yang lebih menarik ialah ibu tersebut dilihat dengan gembira dan rela hati untuk menyuapkan makanan tersebut.
Selepas menyuapkan mi kepada menantunya itu, kemudian dia memegangkan cawan untuk diminum oleh menantunya.
Dipercayai bahawa ibu ini bukan sahaja melayani menantunya seperti ini saja, ibu ini juga menyuapkan makanan kepada anak kandungnya.
Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 583K views, 1K retweets, 1K quote tweets dan 2K likes di Twitter
Hasil daripada tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen tidak tertarik dengan aksi ibu tersebut menyuap menantu itu. Mereka tertarik dengan aksesori yang dipakai oleh ibunya. Lain pula yang mencuri tumpuan netizen.
Berikut merupakan antara komen netizen yang menarik di Twitter: