seismik

[GAMBAR] Nenek Ini Sanggup Jadi 'Patung Silver' Untuk Cari Rezeki Buat Cucu. Kesiannya!

Demi sesuap nasi buat keluarganya.

Cover image via Merdeka

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mencari rezeki yang halal bukan satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ini

Setiap orang mempunyai cabaran yang tersendiri untuk mencari rezeki buat keluarga. Untuk menampung sebuah keluarga bukan satu perkara yang senang. Oleh itu, pelbagai cara dan insiatif perlu dilakukan bagi mencari nafkah.

Begitu juga dengan nenek ini, dia tidak terkecuali untuk mencari nafkah buat cucunya. Tindakan dia itu mencuri tumpuan netizen.

Lihat posting penuh di bawah:

Tidak kisah berbadan silver di tengah jalan untuk mencari rezeki

Nenek yang berusia 60 tahun ini merias wajahnya dengan cat silver. Nenek ini dipercayai mengemis di tengah jalan bagi mendapatkan duit untuk cucunya.

Cucunya yang bernama Reihan itu baru berusia 2 tahun. Dipercayai bahawa ibu bapa Reihan telah bercerai sejak lama dan neneknya bertanggungjawab ke atas penjagaan Reihan.

Nenek berkenaan mengatakan bahawa cat itu hanya boleh dihilangkan dengan cairan pencuci pinggan. Dia juga pernah menjadi pembantu rumah tangga namun kini sudah tidak lagi. Disebabkan itu, dia tidak mempunyai pilihan dan menjadi patung silver demi hidup Reihan.

Image via Merdeka
Image via Merdeka
Image via Merdeka
Image via Merdeka
Image via Merdeka
Image via Merdeka
Image via Merdeka

Semoga nenek ini diberi kekuatan untuk mencari nafkah. Amin :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: