seismik

[GAMBAR] Rosak Semua Tempat Duduk & Kemudahan 'Harta Benda Awam' Musnah Di Kuala Lumpur

Bila nak hargai harta awam sendiri?

Cover image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kemudahan dan fasiliti yang ada merupakan harta benda awam milik Kerajaan yang merupakan harta milik bersama

Kemudahan dan fasiliti yang ada seperti tempat duduk, laluan pejalan kaki, tempat menunggu bas, bumbung dan lain-lain bukan saja dapat memudahkan dan menyenangkan masyarakat malah dapat menghiasi permandangan bandar di Malaysia dengan cantik. 

Namun, baru-baru ini tular gambar pelbagai perabot seperti tempat duduk awam di Kuala Lumpur rosak dan musnah mencuri tumpuan netizen.

Habis rosak dan musnah tempat duduk awam dikerjakan

Kejadian ini dikesan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur berhampiran pusat beli-belah Sogo dan Jalan Ampang. Banyak tempat duduk telah dicabut dan diruntuhkan.

Perabot-perabot jalan ini direka bukan sahaja atas reka bentuk seni tetapi juga berperanan untuk membantu pejalan kaki untuk berehat selepas penat berjalan. Pemasangannya adalah untuk menghalang kenderaan daripada menaiki kawasan pejalan kaki.

Reka bentuk yang berseni itu adalah untuk menyesuaikan nilai estetika di kawasan tersebut. Malah, kerosakan tersebut telah merosakkan pandangan dan turut melibatkan kos yang banyak untuk dibaiki.

Tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab. Hargailah harta benda awam kerana semuanya milik kita bersama!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: