[VIDEO] "Tabah & Kuatnya Dia" - Kesian Bayi Ini Hidap Penyakit Kulit Yang Serius
Semoga bayi ini cepat sembuh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, setiap bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif
Bayi yang baru dilahirkan selalunya akan mempunyai penyakit kulit. Keseriusan penyakit kulit ini bergantung kepada setiap bayi melalui genetik mereka. Ada yang hanya menghidapi penyakit kuning seketika, ada yang mengalami penyakit ruam.
Namun begitu, bukan semua bayi bernasib baik seperti bayi yang lain. Sama seperti video yang tular di TikTok kerana bayi ini mempunyai penyakit kulit yang serius dan mendapat perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bayi itu menghidapi penyakit kulit yang tidak diketahui puncanya
Video berkenaan mendapati bahawa bayi tersebut mengalami masalah kulit di seluruh badannya. Penyakit kulit itu berbintik-bintik merah dan mempunyai kerak. Kadang kala juga timbul nanah.
Bayi yang dikenali sebagai Mikael itu menghidapi masalah tersebut di bahagian leher, kepala, ketiak, telinga dan muka. Dia juga telah dibawa ke klinik dan pelbagai rawatan secara tradisional telah dibuat. Namun begitu, sehingga kini kondisi Mikael masih lagi belum sembuh.
"Ya Allah, sembuhkan lah bayi ini" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.2M views, 74K likes, 8K comments dan 1K shares di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut mengasihani bayi tersebut dan mendoakan semoga dia cepat sembuh. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: