[VIDEO] "Sampai Rebah Mak Dia" - Wanita Ini Hadiahkan Ibunya Sebuah Rumah Banglo
Proud of you!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan banyak berkorban sejak kita kecil
Sebab itulah jika kita berjaya satu hari nanti, jangan sesekali lupakan mereka dan kita perlulah balas jasa dengan membahagiakan mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang wanita hadiahkan ibunya sebuah rumah banglo untuk membalas jasa ibunya.
Lihat video penuh di bawah:
Bawa ibu melawat rumah baru
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Isskandar Ariffin, kelihatan seorang wanita ingin memberikan kejutan kepada ibunya.
Wanita itu menunggu ibunya bersiap di rumah lama mereka iaitu di flat. Kemudian, wanita tersebut membawa ibunya melawat ke rumah baru mereka, sebuah rumah banglo di Tinjani Ukay.
Sebaik saja ibunya selesai melawat rumah tersebut, ibunya rebah kerana seolah-olah tidak percaya.
Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih 10K retweets, 1K quote tweets dan 17K likes
Hasil tinjauan dalam ruangan komen di Twitter mendapati bahawa rata-rata netizen turut merasa bangga dan terinspirasi dengan perkongsian wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: