[GAMBAR] Idea 'Perfect' Gabungan Warna Baju Untuk Anda Tampil Lebih Bergaya & Fashionable
Yay matching-matching, makin confident!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita pasti ingin menjadi fashionable dan kelihatan cantik dengan baju yang dipakai
Mana tidaknya, pemakaian baju yang kemas dan cantik bukan saja dapat meningkatkan keyakinan diri, malah juga boleh memberikan persepsi yang baik kepada orang lain.
Menjadi seorang yang presentable tidak semudah itu, pelbagai cara dan inisiatif yang perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi, bagi wanita berhijab yang kadangkala susah nak pilih warna tudung supaya match dengan outfit bukan?
Salah satu cara untuk anda kelihatan lebih presentable dan fashionable adalah memilih kombinasi warna outfit yang anda pakai dengan tepat. Hal ini kerana warna sangat penting dalam fashion dan menunjukkan kekemasan seseorang.
Jom follow beberapa tips kombinasi warna sesuai yang dikongsikan oleh Ask a Stylist melalui laman Instagram mereka di bawah:
Untuk penggemar warna lembut, natural dan pastel, berikut di bawah adalah panduan untuk anda:
Kebelakangan ini, baju berwarna pastel dan lembut sudah menjadi trend dalam kalangan wanita. Warna-warna lembut ini terdiri daripada earthy tone. Warna tersebut menjadikan outfit anda kelihatan lebih kemas dan cantik. So feminine!
Panduan ini boleh dirujuk oleh wanita yang tidak bertudung dan bertudung. Haa, untuk yang bertudung tu senang dah nak cari tudung yang match dengan warna baju.
Lihat panduan penuh di bawah:
Manakala bagi wanita yang gemar memakai baju berwarna cerah, anda boleh ikut panduan di bawah:
Warna yang cerah dan vibrant ini akan membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan berani. Ramai yang gemar memilih kod warna yang cerah supaya mereka kelihatan lebih menonjol dan fresh!
Haa, sesiapa yang ada baju-baju cerah tetapi tak confident nak pakai, dont worry, ikut je tips ini. Confirm anda akan nampak menyerlah!
Lihat panduan penuh di bawah: