seismik

[2021 Guide] Ini Barangan Shopee ‘Estetik’ Yang Boleh Makeover Bilik Minimalis Idaman Anda

Sedap mata memandang!

Cover image via Pinterest

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bilik tidur merupakan tempat yang paling selesa untuk kita belajar, bekerja, berehat mahupun tidur

Image via GIPHY

Disebabkan itu, kebersihan dan kecantikan bilik tidur ini perlu sentiasa dijaga demi keselesaan masing-masing. Barulah rasa tenang nak buat kerja, belajar atau tidur. Taklah bersepah! 

Pelbagai idea makeover dan dekorasi bilik telah menarik perhatian ramai orang dengan kelengkapan barangan yang dijual di Shopee. Mana taknya, semua barang murah-murah boleh dapatkan di sana. Bukan sahaja murah, cantik dan estetik pula tu. 

Jom baca artikel ini untuk dapatkan idea dekorasi bilik minimalis! 

Perkara utama yang menaikkan lagi dekorasi bilik ialah penetapan tema dan konsep. Oleh itu, anda perlu memilih warna cadar dan langsir yang sesuai dengan tema yang dikehendaki

Image via Pinterest

1. Cadar

Image via Shopee

Jika anda inginkan bilik yang minimalis atau konsep earth colour, anda boleh memilih cadar yang berwarna plain dan tidak mempunyai pelbagai corak. Bilik anda akan terlihat lebih luas! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

2. Langsir

Image via Shopee

Pemilihan langsir yang sesuai dengan tema juga memainkan peranan yang penting supaya bilik anda kelihatan lebih kemas. Anda boleh memilih langsir yang bercorak kecil atau satu warna untuk bilik yang minimalis. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

3. Curtain blind

Image via Shopee

Jika anda kurang berminat dengan langsir, anda boleh tukarkan ia ke curtain blind. Curtain blind ini bukan sahaja hadir dalam pelbagai warna, malah ia mempunyai fungsi melindungi cahaya daripada terus masuk ke dalam bilik. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Selain itu, pemilihan perabot yang sesuai akan menjimatkan ruangan di dalam bilik anda

Image via Pinterest

4. Chest drawer

Image via Shopee

Chest drawer ala IKEA ini memang popular! Mana taknya, jimat ruang, boleh letak baju dan barang-barang dalam rak ini. Boleh pilih lagi nak 3 tier atau 4 tier. Ikut kesesuaian masing-maisng!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

5. 3 tier trolley rack

Image via Shopee

Trolley rack ini boleh dijadikan untuk tempat letak barangan solek atau tudung-tudung wanita. Boleh susun tudung anda ikut warna, senang bila nak pilih nanti!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

6. Penyangkut

Image via Shopee

Penyangkut ini boleh dijadikan untuk sangkut topi dan beg. Segala aksesori boleh la campak sini. Campak-campak pun masih nampak kemas sebab satu semua satu kategori.

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

7. Shoe storage box

Image via Shopee

Untuk shoe collector di luar sana, ini kotak storage yang perfect untuk anda! Kemas kasut, sandal dan selipar anda. Takda dah berselerak di depan pintu.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

8. Clothes hanging rack

Image via Shopee

Clothes hanging rack ini akan nampak lebih estetik dan kemas jika anda menyusun baju anda mengikut tona warna. 

Dapatkan makumat lanjut di sini

Tambahan lagi, ruangan solek merupakan satu ruangan yang penting untuk kelihatan sentiasa kemas, barulah ada mood nak make-up!

Image via Pinterest

9. Dressing table

Image via Shopee

Dressing table 2 dalam 1, boleh dijadikan sebagai meja solek dan meja belajar. Kemas pun kemas. Barang makeup boleh masuk dalam, takdalah bersepah! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

10. Cermin LED

Image via Shopee

Jika anda sudah mempunyai meja, anda boleh hiaskan dengan cermin LED ini supaya meja anda menjadi seperi meja solek. Cermin ini berfungsi seperti vanity mirror. Boleh feeling-feeling sambil makeup! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

11. Make up storage box

Image via Shopee

Dah ada meja solek yang cantik, takkan letak alat solek secara bersepah-sepah kan? Anda perlukan makeup storage box ini supaya skincare dan alat solek anda kelihatan kemas dan tersusun. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

12. Accessories storage box

Image via Shopee

Pin tudung, anting-anting, gelang tangan, segala jenis aksesori anda boleh masukkan ke dalam storage box ini supaya kelihatan cantik dan kemas. Takdalah pin tudung asyik hilang je. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Untuk ruangan belajar atau bekerja, sudah pasti anda ingin keselesaan yang lebih bukan?

Image via Pinterest

13. Self hanging rack

Image via Shopee

Rak ini boleh letakkan buku-buku anda atau hiaskan dengan tanaman pokok kecil. Anda juga hiaskan gambar-gambar atau potret yang minimalis! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

14. Rak buku

Image via Shopee

Rak buku yang unik ini bukan sahaja membuatkan buku anda kelihatan tersusun, malah ia dapat menunjukkan kelainan dan ciri estetik. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

15. Wall grid

Image via Shopee

Wall grid ini membolehkan anda menggantung nota-nota atau gambar untuk dijadikan hiasan pada ruangan meja belajar. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

16. Extension organizer

Image via Shopee

Serabut dengan wayar berbelit-belit? Dapatkan extension storage ini supaya wayar tidak berbelit dan kelihatan kemas. 

Dapatkan maklumat di sini

Bukan itu sahaja, barangan sampingan di bawah ini dapat menaikkan lagi kecantikan bilik anda

17. Starry light

Image via Shopee

Feeling-feeling star gazing di dalam bilik sendiri? Yes, you can do it now! Sambil dengar lagu, sambil baring. Memang onz!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

18. Sunset light

Sukakan photoshoot dan feeling sunset di bilik sendiri? Beli lampu sunset ini! Tambah barang hiasan dengan sedikit pokok bunga, memang nampak real! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

19. Moon LED Night Lamp

Image via Shopee

Jadikan sebagai hiasan di tepi katil juga membuatkan bilik kelihatan lebih elegant dan estetik. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

20. Air humidifier

Image via Shopee

Bilik cantik mestilah kena bau wangi, harum dan fresh sentiasa kan?

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

21. Karpet

Image via Shopee

Kalau bilik anda masih mempunyai ruang lebih, boleh anda letakkan karpet kecil yang bercorak minimalis atau karpet bulu sesuai mengikut tema yang dikehendaki. 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

22. Hiasan dried flower

Image via Pinterest

Dried flower dan pasu ini boleh dijadikan sebagai hiasan bilik. Letakkan di hujung bucu bilik. Sebelahnya boleh letakkan cermin yang berbentuk menegak dan panjang. Settle untuk OOTD di dalam bilik! 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

23. Tapestry

Image via Shopee

Gantungkan tapestry yang sesuai dengan tema dan konsep bilik anda. Confirm nampak cantik!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

24. Smart robot vacuum auto cleaner

Image via Shopee

Dengan adanya mesin ini, anda tak perlu lagi sapu rambut-rambut yang gugur itu. Tinggal on dan biarkan ia bergerak dalam bilik. Pasti bersih bilik anda!

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Dah dapat idea untuk deko bilik? Selamat shopping!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: