makan

25 Alat Dapur Murah & Berbaloi Dari ECO Shop. Hanya RM2.10 Setiap Satu!

Macam nak beli semua...

Cover image via @elinachan

Rakyat Malaysia dengan barang murah berpisah tiada. Mana taknya, boleh jimat duit dan dapat barang yang dikehendaki pula tu kan?

Confirm melompat keriangan!

Image via GIPHY

Mana nak dapatkan barang atau alat-alat dapur yang murah? Well... well, ECO Shop lah jawapannya. Ada pelbagai pilihan dan semuanya murah-murah. Mungkin anda perlukan 2 bakul untuk angkut semua barang! :) 

Jom tengok 25 barang dan alat dapur yang basic:

1. Balang kedap udara

Image via @elinachan

Balang kedap udara yang boleh diisi dengan pelbagai rempah atau makanan ini sangat murah. Hanya RM2.10 je setiap satu. Kualiti pun tak mengecewakan!

2. Egg storage container

Image via @elinachan

Simpan telur anda di sini, nampak dapur lebih kemas. No more papan telur! Lebih kemas, lebih estetik, sedap mata memandang kan?

3. Bekas perasa

Image via @elinachan

Letakkan garam dan perasa anda dalam bekas ini, senang untuk buka dan tutup. Sudu kecil juga disediakan setiap ruangan. Berbaloi sangat ini! 

4. Tupperware

Image via @elinachan

Cari Tupperware yang mempunyai pelbagai compartment? Ini dia, bukan sahaja banyak pilihan. Bekas ini boleh dimasukkan ke dalam microwave tanpa penutupnya. Berguna kan? Tak takut selamat atau tidak dah...

5. Botol air

Image via @elinachan

Botol air yang cantik ini sangat sesuai untuk sesiapa yang sukakan kekemasan dan estetik dalam dapur. Letak dalam peti sejuk pun muat! 

6. Pinggan & mangkuk

Image via @elinachan

Cakap je nak pinggan dan mangkuk saiz apa? Corak apa? Semuanya ada di ECO Shop! Tinggal pilih sahaja, mix and match bersama cawan. Beli satu set, barulah nampak sepadan dan cantik. Tetamu datang nanti jangan risau lagi takda pinggan yang cantik. 

7. Senduk nasi

Image via @elinachan

Match dengan senduk nasi pun perfect! Pelbagai corak, apa yang menarik, dua senduk hanya untuk RM2.10 sahaja. Murah kan? Cantik pula tu... Serbu!

8. Dulang

Image via @elinachan

Siapa yang suka buat gathering dengan family sekali sekala, makan nasi ambeng sama sama. Ratah lauk sama-sama, eratkan silaturahim antara keluarga gitu. Dulang ini memang cun! Banyak lagi corak dan warna. Sesuai untuk 3-4 orang satu dulang.

9. Lesung

Image via @elinachan

Nak lesung yang cantik dan berkilat? Ini dia lesung dari ECO Shop. Berwarna coklat bersinar, masa tumbuk pun happy je tengok lesung cantik. Tunggu apa lagi? Jom!

10. Kuali mini

Image via @elinachan

Untuk orang bujang di luar sana, boleh beli kuali mini yang bajet ini. Cukup untuk masak lauk seorang, senang! Takdalah membazir sebab masak lauk lebih kan?

11. Pan mini

Image via @elinachan

Sukakan pan mini? Ini pun sesuai kalau nak masak untuk skala kecil dan tak memerlukan kuantiti yang banyak. So easy!

12. Alat dapur kayu

Image via @elinachan

Senduk kayu, sudip kayu dan macam-macam lagi ada. Cantik dan murah... Berbaloi sangat kalau beli satu set pun! Time ini lah nak sepadan semua barangan di dapur supaya nampak kemas dan estetik.

13. Cutting board

Image via @elinachan

Di sini juga boleh dapatkan cutting board kayu yang kecil dan cantik. Selain cutting board, anda juga boleh jadikan papan ini sebagai hiasan untuk makanan anda. Sangat Instagrammable!

14. Pemotong kentang

Image via @elinachan

Nak buat kentang goreng handmade? Gunakan pemotong kentang ini, hasilnya sama rupa seperti kentang di luar... Sangat menakjubkan!

15. Pemotong sayur

Image via @elinachan

Perlu hiriskan sayur sehingga menjadi hirisan sayur? Gunakan alat ini, confirm senang hidup! Tak perlu hiris guna pisau dah. Pemotong ini mempunyai 4 jenis gaya pemotongan, pilih sahaja mana yang anda suka. Yay!

16. Bag clip

Image via @elinachan

Lepas makan jajan atau ada makanan yang memerlukan getah tempe untuk ikat? No no no! Bag clip ini boleh menggantikan getah tempe anda, tinggal kepitkan sahaja, makanan tidak lagi lemau. 

17. Rak

Image via @elinachan

Rak ini boleh dijadikan sebagai rak letak rempah, sudu garfu selepas dibasuh. Kemas dah dapur anda, worry no more!

18. Alas periuk

Image via @elinachan

Alaskan periuk yang panas dengan ini, supaya meja akan terlindung daripada haba lauk anda. Banyak pilihan corak tau...

19. Steel ball

Image via @elinachan

Pemegang periuk di rumah dah rosak? Jangan risau, gantikan dengan yang baru dengan hanya RM2.10 sahaja. Pelbagai jenis pemegang boleh didapati juga.

20. Cover frame

Image via @elinachan

Dah ada pemegang periuk, baru boleh letak di cover frame ini. Dapur akan nampak lebih kemas, berbanding letak penutupnya atas meja kan? Lepas basuh juga boleh letak semula, jimat ruang!

21. Berus

Image via @elinachan

Boleh sental periuk dan kuali yang berkerak menggunakan berus ini, tak perlu gunakan tangan lagi untuk memegang berus yang kasar!  

22. Bekas pencuci pinggan

Image via @elinachan

Nak cantikkan bahagian sinki? Botol ini boleh dijadikan sebagai botol untuk sabun pencuci pinggan. Nampak cantik sangat...

23. Storage rack

Image via @elinachan

Ini juga boleh digunakan untuk letakkan berus dan sponge anda yang bersepah tu... Letak atas rak, fuh kemas betul. 

24. Kain

Image via @elinachan

Tak perlukan kain kayangan, kain RM2 ini boleh didapati di ECO Shop, ada 3 warna yang berbeza pula tu, sooo cheap!

25. Bakul

Image via @elinachan

Last but not least, bakul yang berwarna keemasan ini sangat cantik dan sesuai untuk jadikan hiasan atas meja. Perfect!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Ini alat dapur yang jadikan dapur anda lebih cantik:

Check out alat dapur yang senangkan kerja memasak:

Suka baking? Jom tengok alat baking yang berguna:

You may be interested in: