seismik

[VIDEO] “Muka Terkejut Beruk”- Seronok Menari TikTok Sekali Jadi Lain Bila Disergah Kawan

Reaksi muka dia lawak tahap dewa!

Cover image via @ter_typeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Aplikasi TikTok kini sudah menjadi trend dalam kalangan anak muda

Tambahan lagi jika ada lagu yang catchy dan dijadikan challenge. Merakam TikTok dan menari bukan satu kerja yang mudah, perlu kreatif dan hafal step-step tertentu. 

Tular baru-baru ini video TikTok yang memaparkan seorang lelaki sedang gigih menari depan kamera untuk membuat satu content TikTok. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ter_typeee

Di hari2 akhir aku kat sini roomate aku suka buat pasal lah #fyp #foryoupage #fyp

original sound - - C S • Y A N I E

Muka terus bertukar lepas kawannya menepuk bahu

Menerusi video berdurasi 9 saat yang dimuat naik oleh @ter_typeee, kelihatan dia sedang syok menari depan kamera sambil menggayakan kepalanya menggunakan scarf. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kawannya datang dari belakang kemudian menepuk bahunya. Lelaki yang sedang syok berjoget itu lantas terkejut dan melompat. Rakaman video itu sempat menangkap reaksi muka terkejut beruknya. 

"Dia punya mengelibas tu dengan aku sekali takut" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 133K views, 21K likes dan 200 comments di TikTok. 

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ada yang berterima kasih kerana video ini sudah menjadi penyeri hidup mereka. Tambahan lagi, ada yang rasa berdosa gelakkan lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Adoi, gelak besar dibuatnya. Sampai melompat ya dik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: