seismik

[VIDEO] "Abang Sally In Real Life" - Lakonan Lelaki Ini Dalam Babak Upin Ipin Menjadi

Garangnya Sally!

Cover image via @imraaniq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cerita Upin & Ipin semestinya menjadi kebanggaan masyarakat di Malaysia

Mana tidaknya, gelagat dan aksi Upin & Ipin yang comel dan bijak itu sering mencuit hati ramai orang. Cerita kartun animasi ini bukan saja menjadi kegilaan kanak-kanak, malah ia juga mendapat perhatian daripada golongan remaja dan dewasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video parodi di TikTok berkenaan lakonan seorang lelaki membawakan watak abang Sally dalam babak Upin & Ipin mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lakonan sebagai Abang Sally menjadi di TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @imraaniq, kelihatan sekumpulan lelaki sedang merakam TikTok melakonkan salah satu babak parodi dalam cerita Upin & Ipin 

Apa yang lebih menarik adalah apabila lelaki yang berlakon sebagai Abang Sally betul-betul mendalami watak tersebut. Lip sync dia sememangnya sangat in character.

"Sebijik la astaga, sumpah masuk character dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih sebanyak 2.7M views, 508K likes dan 5K comments di TikTok. 

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen pecah perut dan turut terhibur dengan lakonan tersebut. Ada yang berpendapat bahawa lelaki tersebut memang Abang Sally in real life. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Pecah perut ketawa tengok lakonan adik ni, memang menjadilah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: