[VIDEO] "Dulu Tak Suka Kucing, Sekarang Kemain Dah Jadi Girlfriend" - Luah Si Isteri
Manusia kan cepat berubah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari dan disayangi ramai orang
Mana tidaknya, gelagat kucing yang comel tetapi bossy itu memang menjadi hiburan dalam kehidupan seharian sesetengah orang. Itu belum termasuk lagi gelagat sesetengah kucing seperti Oyen yang kadangkala tidak boleh dijangka.
Namun begitu, berbeza dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang sang suami yang dahulunya kurang meminati kucing tetapi telah berubah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dulu punyalah tak suka, sekarang setiap masa 24 jam bersama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mokthecat di aplikasi TikTok, kelihatan bahawa seorang isteri sedang merakam suaminya bersama kucing peliharaan mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si isteri mengaku bahawa suaminya itu tidak begitu minat dengan kucing pada awalnya. Suaminya malah menasihati supaya dia jangan dekati, disentuh dan dicium mana-mana kucing.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila si suami ternyata berjinak-jinak menyesuaikan diri dalam rumah supaya suka kucing.
Sudah 5 tahun mereka berkahwin, kucing yang dikenali sebagai Mawar itu sudah menjadi seperti girlfriendnya.
"Pandai Mawar mengorat suami sis" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan pengalaman yang sama seperti yang dilalui wanita itu. Malah ada isteri yang cemburu dengan kucing kerana hubungan yang rapat dengan si suami.
Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih sebanyak 980K views, 63K likes dan 1K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: