seismik

[VIDEO] "Ayah Kan Hero" - Selamba Selamatkan Anak Jatuh Guna Kaki, Mujur Tak Pecah Bibir

Kus semangat!

Cover image via @ezi7613 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak yang kecil pasti mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang perlu dilayan

Kadang-kadang degil, kadang-kadang comel, gelagat dan telatah mereka sememangnya menguji kesabaran para ibu bapa.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki diselamatkan oleh kaki ayahnya sebelum dia jatuh tersungkur atas lantai mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tahan anak guna kaki

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ezi7613, kelihatan anak lelakinya sedang bermain seperti gelongsor di celah kaki ayahnya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak lelaki itu hampir jatuh atas lantai, ayahnya sudah bersedia menahan muka si anak dengan kakinya.

"Lelaki senang je nak selamatkan anak, kalau mak, ikat kain batik londeh dulu baru pergi kat anak dia" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat ayahnya yang menjadi hero

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 541K tontonan, 46K tanda suka dan 570 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripda netizen di TikTok:

Fuhh laju betul kaki ayah dia, nasib baik tak jatuh. Ini baru betul hero! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: