seismik

[VIDEO] Bukan Saja Fasih Berbahasa Melayu, Gadis Cina Ini Siap Cakap Loghat Kelantan

Wow, BM dia sumpah power!

Cover image via @_yuyunz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fasih berbahasa kebangsaan terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu sememangnya sangat menakjubkan

Gaya percakapan mereka yang petah membuatkan mereka nampak luar biasa berbanding orang lain kerana bukan semua bangsa Cina dan India pandai bertutur Bahasa Melayu dengan fasih.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana kelihatan seorang gadis berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_yuyunz_

Reply to @zulqarlnain.wala Satu family mekyun ckp Melayu mmg mcm Melayu gais #fyp #foryoupage #xybca #viral #tiktokmalaysia #fyp

original sound - mekyun - mekyun

Satu family fasih berbahasa Melayu, siap boleh cakap loghat Kelantan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_yuyunz di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membalas satu komen followernya yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu gadis itu padu.

Apa yang lebih menarik, gadis itu dengan selamba menjawab dalam bahasa Melayu dan memberitahu dia sekeluarga memang bercakap dalam bahasa itu sejak kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah Bahasa Melayunya begitu fasih seperti itu.

Bukan itu saja, gadis yang dikenali sebagai Mek Yun itu juga mahir bertutur loghat Kelantan. Dengan abang dia sekali bercakap dalam loghat Kelantan.

"Aku yang memang lahir lahir ni Melayu pun result BM aku hancur" - Netizen

Video berkenaan kini telah meraih sebanyak 1.2M views, 132K likes dan 2K comments di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut merasa bangga dengan Mek Yun dan memuji kefasihannya bercakap Bahasa Melayu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Padu teruk Bahasa Melayu dia. Seronok dengar dia cakap lagi-lagi bila kecek Kelate! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: