seismik

[VIDEO] Kanak-Kanak Di Palestin Ucap Alhamdulillah & Masih Tersenyum Walaupun Rumah Dibom

Tabahnya adik ni.

Cover image via @JatIkhwan (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Rumah merupakan tempat tinggal dan tempat kita berlindung

Namun, lain pula situasi di Palestin apabila rumah mereka diceroboh dan diserang oleh Israel. Serangan dilakukan termasuklah mengebom rumah-rumah orang Palestin.

Baru-baru ini, bom yang dilepaskan oleh tentera Israel telah merobohkan sebuah rumah kanak-kanak perempuan di Palestin.

Namun begitu, video reaksi kanak-kanak perempuan ini setelah rumahnya dibom telah mencuri perhatian orang ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ucap Alhamdulillah apabila ditanya tentang keadaannya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @JatIkhwan di Twitter, kelihatan kanak-kanak perempuan itu sedang ditemu bual.

 Apa yang lebih menarik adalah apabila dia sempat mengucapkan Alhamdulillah apabila ditanya khabar dan sempat menceritakan kejadian pengeboman di rumahnya.

Dengan tabahnya, kanak-kanak perempuan itu mengatakan yang rumahnya hancur dan tiada apa-apa yang tinggal. Semuanya pecah bertaburan. Kanak-kanak tersebut juga mengaku yang dia mengalami ketakutan disebabkan masih kecil dan trauma.

"Raut wajah anak ini cukup tenang hadapai cabaran dan dugaan hidup, juga tabah dan cekal" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut bersimpati. Malah, ada yang memberikan sokongan dan mendoakan warga-warga Palestin. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 44K views, 3K retweets, 100 quote tweets dan 4K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:


Allahu, tabahnya dia. Semoga adik sekeluarga dilindungi Allah selalu! :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: