seismik

"Sembur Air Garam" - Kehebatan Lakonan Padu Artis Cilik Gtlosiar Buat Warganet Terkedu

Shoot kat kubur pulak tu weh!

Cover image via @gtlosiar (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lakonan yang padu oleh artis sememangnya menjadi hiburan para penonton

Bukan saja penonton ternanti-nantikan episod yang akan datang, malah lakonan artis yang berbakat juga boleh menaikkan nama industri seni sesebuah negara.

Sama seperti rancangan Gtlosiar di Indonesia yang membawakan episod-episod lucu yang dibintangi oleh artis cilik.

Gara-gara episod terkini yang cukup melucukan, video tersebut telah viral di platform Twitter mereka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan setakat minum dan sembur air garam, setting tempat pun kat kubur

Menerusi video yang berdurasi 27 saat, kelihatan 4 orang artis perempuan cilik sedang berlakon di kawasan perkuburan.

Apa yang lebih melucukan apabila setiap orang mempunyai watak yang berbeza. Ada yang menjadi sebagai majikan dan ada juga yang wataknya sebagai pembantu.

Tidak dinafikan, lakonan mereka sangat berbakat sehingga lakonan mereka begitu lancar dan mantap.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila si pembantu menghidangkan air garam kepada majikannya lalu disemburkan pada mukanya.

"Ibu peri, tolongin adik gue ibu peri" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan artis-artis cilik itu. Malah, ada yang menyakat mereka kerana shooting di kubur. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 110K views,  2.7K retweets, 2.7K likes dan 160 comments di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Fuhh, padu beb lakonan dia. Mesti sakit si pembantu kena sembur air tu! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: