seismik

Komen Di Video TikTok Wanita Hamil Yang Mengidam Ini Buat Netizen Berang

Sampai macam tu sekali?

Cover image via @lizadarwisy87 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap wanita yang sedang mengandung pasti akan rasa mengidam nak makan macam-macam

Kebiasaannya, wanita hamil akan ada waktu-waktu mengidam sehingga kadang-kadang makanan itu jarang untuk didapati.

Pelbagai kerenah wanita yang hamil ini sebenarnya. Sebelum ini tidak pernah suka makanan tu, tapi bila mengandung je memang teringin.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita hamil membuat content dia sedang mengidam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Komen di laman TikTok membuatkan segelintir netizen berang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lizadarwisy87, kelihatan dia sedang berlakon mengidam teringin makan durian tetapi tidak boleh dibeli kerana harganya yang mahal.

Apa yang menimbulkan berang ramai adalah apabila video itu menerima beberapa komen daripada segelintir netizen yang menceritakan pengalaman mereka semasa mengidam di TikTok.

Lihat posting tersebut di bawah:

Geram dengan perangai suami yang endah tak endah

Netizen berkongsi tentang pengalaman mereka apabila mengidam. Sampaikan ada yang tidak dilayan oleh suami.

Mereka berang dengan sikap para suami yang tidak menjaga hati dan perasaan si isteri yang sudah banyak berkorban sejak hamil hingga melahirkan anak.

Perkongsian di ruangan komen itu membuatkan netizen di Twitter juga marah dengan sikap sesetengah suami yang tidak mempedulikan kemahuan isteri mereka ketika hamil

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan meraih 23K retweets, 6K quotes tweets dan 24K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: