seismik

[VIDEO] Keluarga Ini 'Photoshoot' Bersama Gambar Ayah Semasa Raya Bikin Netizen Sebak

Speechless...

Cover image via @lyssasham84 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita bergambar seisi keluarga pada pagi raya

Dengan mengenakan baju raya yang sama tema dan warna, semua akan jadi lebih bersemangat untuk photoshoot. Ada yang photoshoot di rumah, di studio dan pelbagai tempat lagi yang menarik untuk dijadikan sebagai kenangan.

Sama seperti keluarga ini yang videonya tular di TikTok apabila berphotoshoot di studio hanya bersama gambar potret ayah mereka mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sudah tiga tahun raya tanpa ayah, hanya mampu bergambar dengan potret ayah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lyssasham84 di laman TikToknya, kelihatan dia sekeluarga memakai baju raya bertemakan hijau emerald. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia membawa anak-anaknya untuk bergambar di studio. Malah, tidak dilupakan potret dan baju seragam sang suami yang dipegang oleh anak mereka semasa penggambaran dilakukan. 

"Al-Fatihah, semoga akak terus kuat untuk membesarkan anak-anak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan keluarga tersebut. Malah, ramai yang mendoakan supaya keluarga ini diberikan kekuatan untuk terus hidup. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 39K views, 3K likes dan 100 comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: 

Kita doakan semoga keluarga ini terus tabah dan diberikan kekuatan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: