[VIDEO] "Tanggunglah Sendiri" - Tergamak Suami Menceraikan Isterinya Yang Sedang Hamil
Beratnya dugaan dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi ibu di luar sana, mereka pasti akan merasa gembira jika mendapati dirinya sedang hamil
Mana tidaknya, menimang cahaya mata merupakan impian setiap perempuan. Tambahan lagi, keluarga juga merasa bahagia apabila mempunyai zuriat.
Namun begitu, tular baru-baru ini video TikTok yang memaparkan seorang wanita diceraikan semasa hamil mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dicerai talak satu semasa mengandung anak keduanya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @emelinsalleh di TikToknya, kelihatan dia dan suaminya sedang bertelingkah di WhatsApp.
Wanita tersebut dipercayai sedang hamil anak keduanya, namun segala kebahagiaannya musnah apabila dicerai dengan talak satu oleh suaminya.
Dipercayai punca penceraian mereka adalah disebabkan wanita itu disahkan hamil anak kedua.
Tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah dia terpaksa menggugurkan kandungan itu kerana akan menjejaskan kesihatan dirinya.
Semuanya musnah apabila si suami mengetahui bahawa kandungan itu masih ada dan suaminya pula tidak mahu bertanggungjawab.
Apakan daya, dia perlu terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang diberikan.
"Lelaki itu lepas tanggungjawab dia, dekat akhirat esok tak boleh terlepas dah" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut bersimpati dengan wanita itu. Malah, ada yang marah dan geram akan bekas suami yang tidak bertanggungjawab itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 166K views, 7K likes dan 400 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: