seismik

[VIDEO] Tak Sia-Sia Usha Awek Sebelah Kereta 3 Tahun Lepas Dulu, Sekarang Dah Gelar Isteri

Taktik apa dia pakai ni?

Cover image via @akmalhizzat (TikTok) & @akmalhizzat (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara kalian yang pernah mencuba pelbagai cara untuk pikat hati si dia bukan?

Kebiasaannya kita sering dengar pasangan belanja makan, berikan jambangan bunga dan pelbagai lagi taktik-taktik yang menarik.

Namun, lain pula cara lelaki ini memikat hati teman wanitanya yang kini sudah bergelar isteri sehinggakan videonya tular di laman TikTok dan mencuri perhatian netizen.

Usha awek sebelah kereta dengan senyuman

Menerusi video berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai Akmal Hizzat berkongsi kisah cintanya di laman TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menceritakan dirinya pernah senyum kepada gadis sebelah kereta kemudian gadis itu pun senyum balik kepadanya 3 tahun yang lepas.

Kini, mereka sudah menjalinkan hubungan dan wanita itu telah bergelar isteri kepada Akmal Hizzat. 

"Pernah senyum kat awek kereta sebelah lepastu dia tunjuk middlefinger" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen seolah-olah tidak percaya. Malah, ada segelintir netizen yang ingin cuba nasib berbuat sedemikian.

Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih 568K views, 77K likes dan 1K comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Macam tu je kan dia jumpa jodoh ya, terbaik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: