seismik

Tengah Syok Bercerita Dengan Ayah, Budak Ini Tercakap ‘Gatai Pungkoq’ Bikin Netizen Dekah

Aduh gatai pungkoq pulak dah!

Cover image via @frrzz_99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelagat dan telatah anak sudah pasti menjadi hiburan ibu bapa bila di rumah

Bukan saja comel, malah aksi dan gelagat mereka kadang mencuit hati ibu bapa. Tambahan lagi, bila anak yang petah bercakap, kerjanya bercerita saja dengan ibu bapa mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan kecil yang sedang bercerita dengan ayahnya curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@frrzz_99

Muka comey tapi sayang....Uncle Aunty tengok sendiri lah ‍‍‍#fypmalaysia #dariya #tiktokmalaysia

original sound - YAYA_Translators - YAYA_Translators

Tengah sakan bercerita , tiba-tiba tercakap 'gatai pungkoq'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @frrzz_99 di laman TikToknya, kelihatan seorang budak comel yang dikenali sebagai Yaya sedang bercerita dengan ayahnya.

Yaya dilihat sedang seronok bercerita tentang harinya bersama pakcunya sambil tergaru-garu. Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia tiba-tiba berdiri dan tercakap 'gatai pungkoq' yang membuatkan ayahnya pun tergelak sekali.

"Hahaha gatai sangat ke Yaya dok garu tak berhenti" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dan telatah Yaya. Tambahan lagi, ramai yang suka lihat Yaya yang comel. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 187K tontonan, 21K tanda suka dan 400 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Alahai comel betul si Yaya ni walaupun tengah tergaru-garu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: