"Suami Perhatikan Je" - Pengantin Wanita Ini Buat Persembahan 'Karate' Masa Majlis Sanding
Wow, kuat gila!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak meriah jika sebuah majlis perkahwinan tanpa persembahan bukan?
Kebiasaanya majlis perkahwinan akan dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan yang menarik seperti nyanyian dan tarian.
Namun lain pula video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pengantin perempuan melakukan persembahan karate di majlis persandingannya mencuri perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Patahkan besi dengan sekali pukulan saja
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang membuat persembahan untuk majlis sandingnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia membuat persembahan karate. Dengan hanya sekali pukulan saja, dia boleh mematahkan besi menjadi dua belah. Suaminya hanya mampu memerhatikan dan menyaksikan isterinya itu dari belakang.
"Dia bagi warning dekat suami secara halus" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi pengantin itu. Malah, ada juga yang menyakat pengantin itu kerana kekuatannya.
Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 6.1M tontonan, 355K tanda suka dan 5K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: