seismik

[VIDEO] Sebab Rindu Kampung, Lelaki Ini Tak Sangka Jumpa Arwah Ayah Dalam Google Street

Sebak dan sedih.

Cover image via @topanjey (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Google mempunyai pelbagai fungsi salah satunya kita dapat melihat jalan di sesuatu kawasan

Kita pasti pernah mencuba untuk google rumah sendiri dengan menaip alamat kita bukan? Paparan setiap jalan dan setiap rumah dapat dilihat dengan jelasnya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang lelaki ini sedang menggunakan Google Street untuk melihat rumahnya tetapi sebak bila nampak arwah ayahnya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@topanjey

Ya Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan². #fyp #my #hero

Ayah - Laoneis

Guna Google Street untuk tengok rumah sekali nampak arwah ayah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @topanjey, kelihatan dia sedang berusaha melihat rumah di kampunya menggunakan Google Street akibat rindu. 

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila sebaik saja paparan itu sampai ke rumahnya, dia ternampak gambar arwah ayahnya sedang berada di luar rumah. Dia kemudian merasa sebak dan sedih.

"Orang yang lama tak balik kampung memang terasa tengok video ni, cepatlah Covid pergi, rindu family" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dan merasa sedih. Malah, ada yang mengalami situasi yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 621K tontonan, 72K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: 

Al-fatihah. Semoga dia dan keluarganya diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: