seismik

"Bunyi Macam Langsuir" - Wanita Ini Sampai Takut & Seram Nak Guna Mesin Basuh Waktu Malam

Ngeri betul!

Cover image via Semuanya JDT & @erra_nikyahya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesetengah orang pasti pernah mengalami kisah seram atau pelik yang menakutkan

Kadangkala sampai terkejut dan trauma akibat ternampak makhluk-makhluk ghaib. Kebiasaannya, sesetengah orang akan mengesan bunyi yang pelik dulu. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita kedengaran bunyi pelik curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@erra_nikyahya

Laki aku kata kalau video ni masuk #FYP dan dapat 5k dia nak belikan mesin basuh baru,

original sound - Erra Nik Yahya - Erra Nik Yahya

Basuh baju waktu malam, rupa-rupanya bunyi pelik datang dari mesin basuh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @erra_nikyahya di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merakam mesin basuh baju yang mengeluarkan bunyi pelik dan seram. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila bunyi yang dikeluarkan mesin basuh lama itu kedengaran seperti bunyi langsuir sedang menangis. 

Tambahnya dalam kapsyen video berkenaan, dia tidak berani nak basuh baju malam-malam selepas ini disebabkan kasihankan jirannya yang ketakutan.

"Rumah saya tepi kubur je ni, kalau ada bunyi mesin jiran macam ni mau tak keluar bilik setiap malam" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan bunyi mesin basuh itu. Malah, ada yang menyakat Erra supaya minta suaminya belikan mesin basuh. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 616K tontonan, 72K tanda suka dan 8K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Bunyi dia memang betul-betul seram. Kalau dengar ni, mesti lari lintang pukang woi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: